Perintis Usahawan Wanita program terbaru NOIR untuk melahirkan jutawan wanita 2022.

Kami tahu ramai wanita di luar sana sedang mencari peluang memulakan bisnes yang akan ubah hidup mereka selama-lamanya. Kami komited nak bimbing wanita yang ingin bina perniagaan bersama Noir.

Days
Hours
Minutes
Seconds

18hb November 2021

9.00 P.M – 11.00 P.M

Jutawan Wanita semakin ramai di lahirkan di Noir

Wanita dan peniagaan memang tidak dapat di pisahkan. Semakin hari semakin ramai usahawan
wanita yang lahir berjaya menjadi jutawan.Bidang perniagaan sekarang menjadi pilihan utama wanita untuk mencapai impian untuk ubah hidup selama-lamanya.

Di Noir, matlamat utama kami adalah untuk melahirkan perintis usahawan yang menjana
pendapatan 5 angka secara konsisten.

Pada tahun 2020 Noir berjaya lahirkan 10 jutawan
yang sentiasa konsisten membantu ramai wanita di luar sana.

 Sasaran kami tahun ini untuk membantu 100,000 usahawan wanita. Maka tercetuslah Perintis Usahawan Wanita.

Kami tahu anda semua ada impian yang besar. Paling bermakna, Perintis usahawan ini di dedikasikan oleh founder Noir Madammnu kerana bulan ini adalah bulan kelahiran beliau. Jadi kami ingin merealisasikan impian beliau untuk membantu ramai wanita untuk capai impian mereka.

Di Noir ramai wanita yang sememangnya seorang isteri, ibu, suri rumah tetapi masih mampu jadi
usahawan yang sangat-sangat berjaya.

Adakah Anda Bakal Perintis Usahawan Wanita Berjaya?

Tipah, leha, minah & mila tidak tahu bagaimana nak berniaga. Pandemik membuatkan suaminya hilang pekerjaan….

Pelbagai usaha di buat tapi semua tidak menjadi. Mereka semakin tertekan dengan situasi kewangan masing-masing.

Berjumpa dengan Noir dan pengasasnya Madammu di media social telah merubah segalanya…Hidup yang dulu harapan semakin punah kita telah menampakkan sinar cahaya.

PERINTIS USAHAWAN WANITA

Bermodalkan semangat gigih, matlamat yang jelas membuatkan wanita ini bangkit perjuangan martabat wanita didalam perniagaan.

Siapa sangka wanita,
isteri & seorang ibu ini membawa perubahan kpd lebih 10,000 wanita dibawah jenama Noir.

Sasaran dengan strategi yang lebih mantap sebagai suatu “Revolusi” baru dlm membina jenama Noir ke peringkat antarabangsa pada 2025 menjadikan langkah baru wanita ini kpd 100,000 wanita utk mengubah hidup luar biasa.

Bagaimana wanita boleh berjaya?

Dalam Noir,kami telah melihat banyak kebangkitan wanita.Konsep wanita bantu wanita di pasakkan ke dalam minda setiap usahawan yang sertai kami.Apabila pendamik melanda Malaysia.Wanita bangkit untuk membantu keluaga dengan memilih Noir sebagai langkah pertama. Kenapa Noir menjadi pilihan untuk wanita jadikan sebagai platform berniaga?….Kerana kami di Noir menyediakan produk yang berkualiti tinggi, kelas bimbingan, group sokongan dan founder sendiri yang turun padang untuk berikan semangat kepada usahawan Noir.

Wanita berperanan penting dalam pembangunan ekonomi dunia.

Kini peranan wanita berubah 365 darjah.Jika dulu ramai wanita tak berani berniaga.Sekarang makin ramai wanita boleh berniaga.Noir dengan wanita memang tidak dapat di pisahkan.Menaik taraf pendapatan wanita menjadi misi Madammu dan Noir.

Melahirkan lebih ramai perintis usahawan wanita.

Noir terpanggil untuk membantu wanita yang ingin keluar dari masalah kewangan selamanya.Kami akan kongsikan formula kejayaan dan rahsia bagaimana wanita-wanita boleh meraih pendapatan 5 angka.Semua bermula sama macam anda dari zero sampai jutawan.Di sini kejayaan bermula.

Adakah anda perintis usahawan wanita yang bakal di bimbing sampai jadi usahawan berjaya???

Kami kongsikan kisah bagaimana mereka berjaya bersama Noir

Kejayaan bermula dengan langkah pertama

Madammu sama seperti anda, surirumah. Semuanya bermula dengan satu impian iaitu mula berkongsi.

Komited dan komiten tampa mengenal erti putus asa adalah kunci utama yg akhirnya membuahkan hasil.

Beribu wanita telah buktikan kejayaan mereka dengan langkah pertama.

Anda berpeluang untuk menjadi perintis seterusnya. Bukan sekadar formula sahaja akan di berikan tapi komitmen 100% Madammu.

Bertindak sekarang, tindakan anda akan menentukan siapa anda selepas ini.

Sebaik mendaftar,Kami akan terangkan dengan lebih lanjut bagaimana program ni berjalan.Proses menuju kejayaan.

Ini adalah kisah kejayaan Team Noir

Nor Fazira Ishak

“Ditipu Hampir RM2 Juta,Kini bangkit jadi jutawan Noir.”

Eza Nuraiena Sota

“Dulu hutang banyak sekarang jutawan muda.”

Ronisa Elie

“Tak sangka walaupun baru bermula tetapi boleh jana capai sales ratus ribu sebulan. “

Fadhlina Che Noh

“Kereta impian 100% gunakan duit dari jualan Noir.Syukur sangat.”

Tentang Madammu

Pengasas & CEO, Noir Health & Beauty Sdn Bhd

2017 adalah detik pertama Eriyca Baiduri merasai betapa manis berbisnes. Hanya mula di rumah dan niat mengisi masa lapang beliau. Noir Health & Beauty Sdn Bhd lahir dari perjuagan beliau untuk memastikan wanita kelihatan cantik,bijak dan berjaya. Impian beliau ingin melahirkan ramai usahawan wanita yang berjaya seperti-Nya. Fokus beliau tanpa berbelah bahagi membina Noir bersama suami tercinta dan juga team. Beliau konsisten memberi manfaat di sosial media apabila melihat lambakan produk yang memberi kesan pada ramai orang wanita akibat guna produk yang salah.

Kini setelah berjuang hampir 4 tahun beliau telah lahirkan 20,000 wanita berjuang bersama Noir. Mempunyai hampir 300,000 penguna setia. Tahun 2020 sahaja beliau telah berjaya lahirkan 10 wanita mencapai 1 juta & lebih 1000 mencapai pendapatan 5 angka. Tiada yang lebih mengembirakan beliau melihat kejayaan wanita noir.

Kini Misi beliau membantu 60,000 Wanita Berniaga, 1 juta penguna pada akhir 2021, dan VISI kukuhkan jenama masuk ke pasaran global pada 2023. Beliau dan Noir komited untuk membantu 50 Ribu wanita dengan menyediakan peluang kepada mereka untuk mulakan perniagaan bersama Noir.

Misi dan Visi menjadi wardah penjuagan seluruh warga noir.

Anda adalah Next Usahawan?

Madammu pasti anda boleh capai impian bertindak sekarang daftar sebagai perintis usahawan wanita.

Setelah 5 tahun 20,000 wanita telah berjuang bersama-sama Madammu.

300,000 penguna setiap sehingga hari ni.

Formula dan sistem noir telah terbukti membantu ramai usahawan wanita. 10 jutawan telah berjaya buktikan kemampuan mereka. Jadi kami amat yakin anda adalah next perintis usahawan noir.

Anda adalah wanita yang bakal di bimbing oleh kami.

Days
Hours
Minutes
Seconds

Khamis | 18hb November 2021

9.00 P.M – 11.00 P.M

Maaf penyertaan untuk Perintis Usahawan Wanita bagi sesi 18hb Nov 2021 telah tamat.

No 3A, Lorang Teknologi C, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor

Email : support@perintisusahawan.com

© 2021 PERINTIS USAHAWAN | POWERED BY NOIR HEALTH & BEAUTY

Pernah ditipu hampir RM2 juta sebelum menyertai Noir telah membekaskan satu pengalaman yang pahit buat Nor Fazira Ishak, 35. Sejak itu dia menjadi lebih berhati-hati. Tetapi lain jadinya apabila dia bertemu dengan Madammu dan Noir.

Dia yang lebih gemar dipanggil CikYa tertarik dengan cara Madammu berkongsi dengan bersungguh-sungguh tentang kecantikan secara alami di media sosial. Itu menyebabkan dia yakin dengan produk yang dikeluarkan oleh Madammu.

Pada waktu itu mukanya sangat teruk berjerawat, dengan lekuk-lekuk lubang pada kulit muka dan kusam yang sangat teruk. Dia memberanikan diri mencuba produk Noir ini atas dasar yakin pada kesungguhan Madammu sahaja.

Sejak itu, kehidupan CikYa yang biasa telah berubah menjadi lebih meriah. Sikap proaktif dan keyakinan pada Madammu dan Noir itu membuatkan dia melangkah pantas dari ejen menjadi stokis dan akhirnya kini sebagai Noir Platinum Partner Selangor (NPP) sejak September 2019.

“Saya mahu join Noir sebab yakin dengan kesungguhan Madam… Noir banyak mengubah hidup CikYa sejak bulan pertama join Noir lagi sebenarnya. Sebab bulan pertama CikYa dah ada income 4 angka sehingga kini capai 6 angka bersih,” kongsi CikYa.

Sehubungan itu, CikYa berjaya membeli 5 buah kereta, sebuah rumah bernilai hampir 1 juta, dapat membantu keluarga, dapat membayar zakat setiap bulan dan membantu orang susah. Ini semua satu pengalaman yang manis buatnya.

Apabila disentuh tentang cabaran berbisnes, CIkYa mengakui dirinya seorang buta IT walaupun dia berkelulusan ijazah. Hanya tahu Facebook sahaja, itu bukan penghalang, malah mencetuskan semangat CikYa untuk menjadi lebih aktif dengan memuatnaik perkongsian tentang aktiviti bisnes dan kehidupannya di situ

Tanpa menoleh ke belakang, sering bersemangat dan terus konsisten, CikYa mahu membantu dan menggalakkan para stokisnya seramai 15 orang ini mencapai jualan RM100,000-RM200,000 agar mereka berjaya sepertinya.

CikYa turut berkongsi kegembiraannya kerana dapat tampil di billboard Noir sebanyak dua kali mahu lebih ramai wanita menjadi pengguna Noir dan sekaligus sebagai usahawan Noir.

“Pada wanita-wanita di luar sana yang ingin cari pendapatan lebih, ingin bantu suami, ingin bantu family, boleh join team CikYa hari ini. Kita berjaya bersama Noir. Kepada wanita di luar sana, jom cantik dan kaya bersama CikYa,” serunya sebelum mengakhiri sesi temubual.

Anda boleh mengikuti kisah penuh CikYa ini di platform YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=2Iy0eyduMy8

Hidup tertekan dibebani hutang sampai nak membeli lampin pakai buang dan susu anak pun terpaksa meminjam duit daripada adik-beradik adalah kisah Eza Nuraiena Sota yang menetap di Selangor sebelum bertemu Noir.

Oleh kerana dapat membaca cara pemasaran bisnes Noir selepas beberapa kali menonton live Madammu, Eza yakin Noir akan beri peluang kepadanya untuk menambah pendapatan keluarga dengan meletakkan sasaran RM1,000 sebulan.

“Waktu mula mula join Noir, Eza target untuk dapat RM1,000 untung untuk tanggung kehidupan keluarga kecil kami tapi alhamdulillah selepas 3 tahun join Noir Eza dapat lebih 20 kali ganda untung,” katanya yang telah menjadi stokis Noir NPP Selangor.

Bukan mudah mahu senang tetapi ia tidak mustahil kerana telah dibuktikan oleh Eza. Dia mengalami masalah kulit muka yang sangat teruk telah membeli produk pertama Noir-nya iaitu sunblock. Kemudian dia selangkah demi selangkah dari dropship sehingga menjadi stokis.

Sudah berjaya membantu keluarga, sekarang dia mahu membantu para wanita bangkit berniaga sepertinya juga. Ini kerana hasil tidak mengenal erti putus asa, dia telah mempunyai sebuah Honda HRV, melabur dalam Sunlife Protection dan Amanah Saham Bumiputera dan dapat mengirim wang kepada ibubapa.

“Cuba dulu. Jangan takut nak cuba sesuatu yang baru. Benda baru memang nampak susah pada permulaannya. Tapi kalau kita sentiasa praktis, insyaAllah benda yang susah akan jadi senang.

Never ever underestimate yourself sebab kita takkan tahu di mana kekuatan kita selagi kita tak mencuba,” nasihat Eza buat anda yang mahu berniaga.

“Join Noir memberi satu kepuasan dan rasa dalam diri setiap kali dapat feedback yang positif dari customers maupun team. Sebab Itu salah satu big why saya,” ujar Ronisa Elie, seorang stokis Noir.

Ronisa baru bermula menjadi wanita berniaga Noir pada September 2020 telah berjaya mendapat ganjaran dari ibu pejabat Noir dan NP Penang 2020 di atas kecemerlangannya. Dia juga sukses sebagai Top Noir setiap bulan.

Pada mulanya, suri rumah ini jatuh cinta dengan Noir kerana ia dapat memulihkan semula kulitnya yang sangat kering dan sensitif yang sudah lama dialaminya.

Melihat kepada hasil kulitnya yang semakin cantik, dia mendaftar sebagai ejen dengan niat mahu kongsi kebaikan produk Noir ini kepada orang ramai. Pendapatan dari bisnes ini seperti satu bonus buatnya.

Berikutan dia menerima ramai pelanggan yang mahu jadi wanita berniaga bersama Noir sepertinya, Ronisa membuat keputusan menjadi stokis pula. Ia sejajar dengan impian besarnya iaitu mahu membantu meningkatkan kewangan orang-orang kampungnya yang sangat miskin dengan berniaga Noir.

Untuk berjaya, Ronisa memegang sikap disiplin, konsisten dan rajin menjadi kunci utama bagimengecapi angka jualan yang tinggi. Sebagai ketua pasukan, dia turut memastikan setiap ahlinya dibimbing dan diberi semangat agar mereka turut sukses mendapat pendapatan 5 angka.

“Selain Itu saya pun nak bantu husband untuk menyumbang dalam kos saraan untuk anak-anak saya yang akan study di overseas.”

Ramai yang mahu buat bisnes online tetapi mengecewakan kerana tiada panduan dan bimbingan. Hal sedemikian juga berlaku kepada Fadhlina binti Che Noh (Lyn), seorang wanita bekerjaya dan ibu kepada 2 orang anak perempuan.

Sekitar 2018, dia mula mengikuti live Madammu yang padat dengan tip penjagaan kulit secara alami. Lantas Lyn mencuba sendiri UV White (sunblock). Dia berpuas hati kerana ramai yang menegur perubahan kulitnya sehingga ada yang mahu mencubanya juga.

Situasi ini membuatkan dia menjadi ejen Noir dengan modal RM1250. Dua tahun kemudian, Lyn naik sebagai stokis. Menurutnya rezekinya semakin bertambah membuatkan dia lebih yakin untuk berimpian besar.

“Alhamdulillah rezeki Lyn semakin bertambah-tambah dari hari ke hari. Dari untung bersih RM500 sebulan, kini Lyn mampu jana pendapatan berjumlah RM10,000 sebulan, hanya bekerja dari rumah, alhamdulillah.”

Kini pasukan Lyn dianggotai seramai 32 orang ejen. 4 orang daripadanya pernah tersenarai sebagai Top Agent kerana berjaya membuat jualan sejumlah RM33,000. RM11,0000 dan RM10,000 sebulan.

Kebanyakan ejen Lyn terdiri dari kalangan suri rumah, wanita bekerjaya dan pelajar institusi pengajian tinggi. Dia juga pandai membahagikan tugasan dengan menggajikan seorang staff bagi urusan stok produk dan penghantaran stok kepada para ejen.

Antara kejayaan yang dicapainya sejak jadi wanita berniaga Noir ialah membeli Toyota Altis 1.8G, mempunyai wang simpanan tetap, barang kemas dan membantu kewangan keluarga dan menampung percutian keluarga.

“Alhamdulillah kini tahap kewangan kami semakin baik. Yang paling penting, Lyn mahukan keselesaan untuk anak-anak terutama pelajaran mereka. Segala komitmen bulanan, Noir yang selesaikan… Target Lyn untuk 2021, Lyn mahu memiliki sebuah rumah hasil daripada berniaga Noir, insyaAllah.”